Friday, September 11, 2009

Lailatul Qadar

......Bismillahirrahmanirrahim......

Hadrat Anas RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

" Pada malam kemuliaan Lailatul Qadar maka turunlah malaikat Jibril a.s ke dunia dengan sekumpulan malaikat, lalu berdo'a memohon rahmat ke atas setiap hamba Allah yang mereka lihat sedang beribadat, berdiri atau duduk sambil berzikir kepada Allah.
Kemudian pada hari Eid (Aidil Fitri) Allah berbangga-bangga mengenai mereka kepada malaikat-malaikat (yang pernah mempersoalkan penciptaan Adam a.s dahulu), " Wahai malaikat-malaikatKu, apakah ganjaran bagi orang yang telah menyempurnakan kerjanya dengan baik?"
Mereka pun menjawab : " Wahai Allah, sepatutnyalah ganjaran yang sepenuhnya diberikan kepadanya."
Maka Allah menjawab : "Wahai malaikat-malaikatKu, sesungguhnya hamba-hambaKu ini, lelaki dan wanita telah menyempurnakan kewajipan yang telah difardhukan ke atas mereka, kemudian mereka pun keluar menuju ke tanah tempat solat Aidil Fitri meninggikan suara doa mereka kepadaKu. Daku bersumpah demi kemuliaan-Ku, kemegahanKu, kehormatanKu, ketinggianKu, dan tempatKu yang tertinggi, pasti akan Daku makbulkan doa-doa mereka ini.

Kemudian Allah pun berfirman kepada manusia :

" Kembalilah kamu sekalian, Daku telah ampunkan dosa-dosa kamu, dan menggantikan perbuatan-perbuatan maksiatmu dengan kebaikan (hasanat).
Orang-orang ni pun kembali dengan pengampunan terhadap dosa-dosa mereka. (Baihaqi)

Ulasan:


Diriwayatkan bahawa setelah Jibril a.s turun, beliau pun mengarahkan para malaikat pergi ke rumah-rumah setiap orang yang sibuk dengan ibadat, sambil memberi salam dan berjabat tangan dengannya. Kemudian bertebaranlah para malaikat ke semua arah menziarahi setiap tempat tinggal samada besar atau kecil, samada di hutan atau di atas kapal yang terdapat orang-orang yang beriman untuk berjabat tangan dengan mereka.

Walaubagaimanapun, rumah2 yang tertentu tidak akan dimasuki oleh malaikat2, yakni rumah yg ada didalamnya anjing atau khinzir, rumah yg ada penghuninya berkeadaan janabah, penzinaan dan juga rumah2 yg terdapat gambar manusia dan binatang dipampangkan.

Betapa malangnya disebabkan hanya gambar-gambar manusia dan binatang yang dipampangkan untuk hiasan banyaklah rumah orang2 Islam dinafikan daripada kemasukan malaikat2 rahmat..............

"Oh Allah, we plead to you, to not deprive us from your mercy on this auspicious night Lailatul Qadar"

No comments: