Tuesday, December 16, 2008

PERBEZAAN NILAI DUNIAWI DAN UKHRAWI DIHATI

Salam Ziarah kepada blog sendiri.....

Tengah malam ni.....it's going to 1 o'clock now. Tapi...mata ni masih lagi segar bugar, tak nak tutup. Bukan mata je yang segar, malah otak@minda juga masih ligat berpusing.
Bukan tak nak tidur...tapi.....ehm cam ni ceritanya. Computer sendiri masih dalam proses baikpulih. Sekarang ni dok menumpang com ayah la, com kakak la...yang paling best dan menguji kesabaran ialah....desktop pun sama nak kiok! Back to the story, besok kakak nak balik UIA, so...malam ni adalah malam terakhir saya boleh menumpang computer dia. So...rase macam aah.....tak nak tidur satu malam coz tahu lepas ni tak kan dapat update blog and surf (insyaAllah buat sementara je la) Tapi still! Besok adik dah 'cop' com ayah...so memang tak de chance la saya nak guna....!!!
Jadi terlintas la difikiran tadi..teringat ceramah malam terakhir bulan Ramadhan. Malam terakhir Ramadhan dikatakan "Lailatul Jaaizah" iaitu malam hadiah. Dalam malam yang terakhir tu, terkandung segala macam rahmat dan hadiah yang sangat2 berharga!
Kalau kita benar2 dapat rasa dalam hati kita betapa besarnya value malam TERAKHIR Ramadhan itu, PASTI kita tak tidur satu malam! Mata kita semua mesti segar bugar. Tak rasa mengantuk langsung sebab kita value sangat2 malam ni. MALAM TERAKHIR yang lepas ni kita kena tunggu lagi setahun baru dapat jumpa balik. So tak nak lepaskan peluang terakhir kumpul pahala banyak2.

Kita (oops, saya la ni) tak dapat tahan kalau laptop kita tak de walaupun buat seketika.Kena selalu nak ada depan mata ....Kalau rosak, cepat2 hantar repair atau buat je ape2, janji boleh guna com tu balik. But.....MALAM TERAKHIR Ramadhan................
..........kita rasa best sebab puasa dah habis....esok raya.....boleh 'qadha' balik semua makanan yang tak sempat kita makan or dah lama tak makan sebab bulan puasa kan?? Tak rasa kehilangan, tak rasa semangat nak beribadah, just layan tidur..dalam fikiran dok terbayang yang besok tak yah bangun awal untuk sahur....ape lg?? Fikir la sendiri...kita tahu apa yang kita selalu buat malam terakhir ramadhan tu. Tak larat nak nyatakan semua kat sini.

Kita tak rasa pun Ya Allah, malam ni malam terakhir...aku nak ibadat sebanyak yang mungkin, nak dapatkan faedah dari bulan Ramadhan ni secara total and ( like..) to the fullest (orang kata)! Kenapa?? Kenapa kita tak rasa?? Bagi saya...mungkin dalam hati ni....saya tak cukup lagi keagungan Agama, maybe sebab tu...saya tak sesemangat 'malam terakhir saya dapat guna computer' !

(Hai, saya bab2 menulis ni...memang la tak de bakat, semula jadi tak, terpendam pun tak. Macam mana la nak buat karangan nanti?? Ayat macam ayat sembang je ni...maaf kepada sesiapa yang membaca ye.)

No comments: