Monday, December 15, 2008

SIAPA MENANG??!

Salamum Alaikum!
Hari ni, boleh dikatakan saya post lebih banyak entry daripada biasa. Tahu QUALITY lebih penting daripada QUANTITY.... InsyaAllah, saya hanya ingin berkongsi dengan sahabat2 yang membaca blog ini apa yang saya suka...ada juga yang saya sedang fikirkan....ada juga yang saya risaukan. Harap ada yang sudi memberi komen, tunjuk ajar or whatever u feel like. Ingin sekali saya mendengar pendapat saudara dan saudari yang datang menjengah blog saya ni. Dan kalau sudi, ingin juga berdiskusi dengan kalian tentang entries yang saya postkan....
Well, about this entry, frankly it is not my own, infact it is something i read somewhere( icant remember properly..). But i liked it so much! Simple but meaningful. Apa yang terjadi kepada kita setiap hari.
Sedar tak sedar, Syaitan sentiasa ada bersama kita dalam setiap pekerjaan kita. Berusaha untuk melalaikan kita, menghasut dan berbisik ditelinga kita. Haih....... macam mane ni?? Nak lawan macam mana kalau kita tak kuat Iman??
Anyway...read on........
*************************************************************************************
Manusia - Eh, dah subuh dah?

Malaikat - Wahai Anak Adam, tunaikan solatsubuh...
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini... kejap lagi ye. ( Hati yang lemah Imannya,tidak akan mampu melawannye.....Tidur kan best...As-solatu Khairumminnaum....

Manusia - Nak makan, laparlah
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah denganBismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !!( Maka kenyanglah syaitan untuk satu waktu makan itu...)

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, lagipun tak ada style langsung! ( Ya Allah, lindungilah kami dari kepanasan Hari Qiyamah yang lebih dasyat..)

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai anak Adam, nanti terlewat untuk ke kuliah
Syaitan - Nak cepat-cepat buat apa? Lambatlagi... baru pukul 8.30am...( Orang yang bertanggungjawab serta tepat pada waktu, adalah orang yang berjaya...Tak kan nak masuk syurga pun lambat kan??)

Manusia - Azan sudah kedengaran...
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa... . rilex lah..( kring kring - handset berbunyi...try cakap, ah, rileks la, nanti boleh tepon balik...heheheh...tak kan nye kite)


Manusia - Eh, eh... .tak boleh tengok ini,berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang. .( Doa pun kita terlupa nak buat untuk kawan kita yang tersalah arah.....Kawan ape agaknye kite eh?)

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa sesusah.( Lagi pun mane tahu dia nak ke tak nak....buat malu je. nanti orang kate aku nak jd alim+lebai+ustad+ustazah pulak.leceh la..)


Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, kamu telah berdosa, tinggalkanlah dosa itu dan bertaubatlah,sesungguhnya Allah Maha Pengampun..
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali bolehbertaubat (kalau sempat)..( Satu titis airmata yang jatuh semasa bertaubat/berdoa,Allah akan haram kan api neraka menyentuh kulit si fulan itu.)


Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah,berpalinglah dari jalan itu ..
Syaitan - Jangan bimbang, tak ada sesiapa yangtahu...( Sesungguh nya Allah itu Maha Melihat lagi Maha Mengetahui- He even knows the walking of a black ant, on a black massive rock in the darkest of night.)


Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu.
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan di Akhirat (jangan mimpilah!) untukmu...HAHAHAHA!!!

Syaitan itu musuh kita.Anggaplah ia sebenar-benar musuh yang sangat ingin melihat kejatuhan cucu cicit Adam A.S. Syaitan ketawa bila kita ikut kata nya.....Tak tercabarkah kita apabila musuh kita ketawakan kita???

(kepada pemilik asal, kalau terjumpa, saya harap awak tak marah kat saya sebab publish article awak. Minta maaf banyak2, tak ingat kat mana saya ambil ni...tapi....semoga Allah merahmati awak dan ganjari awak kerana sebarkan da'wah ni. Jazakallah/killah)

No comments: