Saturday, July 18, 2009

NATIVE DEEN

Assalamualaikum

Alhamdulillah, we meet again today. Well, ever heard of them? The Native Deen? I'm sure some or maybe most of us have heard. But for those who have'nt heard....here's some info regarding them.

Members : They consist of three young Muslim men who were born and raised in United States of America. Joshua Salaam, Naeem Muhammad, and Abdul-Malik Ahmad who grew up in Washington, DC.Their music seeks to inspire young people to keep their Islamic faith amid the pressures and temptations of daily life.

Background : "Deen" in Arabic means religion or way of life. The group identifies themselves as Muslim, and wear traditional Islamic dress such as kufis and shalwar kameez. Of course, they say there is more than one way to identify as a Muslim, both by etiquette and dress. Their music is hip-hop style, with lyrics on Islam and several of their songs focus on living as a Muslim in America amidst pressures and temptations.[1] Their music typifies the subgenre "positive hip-hop".[2]
At the third annual Islamic Relief "Evening of Inspiration", in Costa Mesa, California, Muhammad narrated a powerful slideshow, projecting images of needy, hungry children from around the world to illustrate why Islam demands that Muslims give to the less fortunate. He said of Islamic Relief
[It] helps the most vulnerable people from all walks of life. People don't understand how much a dollar can do. That's why this event is more than just a concert – it's a call to action
[3].
Native Deen perform at Islamic conferences, fundraisers, weddings, and holiday gatherings (usually in
Ramadan and Eid-ul-Adha). They are relatively well known among the North American Muslim youth, and have toured internationally[1].
Many Muslims believe that string and wind instruments should be avoided in
Islam. In order to please the widest audience, the group does not use any string or wind instruments in their music. The main instruments are drums, synthesized percussion instruments, and vocals.[1] Some of their more popular songs and raps include Intentions and Paradise.
Native Deen came about through M.Y.N.A. or Muslim Youth of North America. The project was a gathering of amateur recording artists who've written their own work and MYNA featured these artists on the MYNA RAPs' album. Three of the artists from these albums, Joshua Salaam, Abdul Mailk Ahmad, and Naeem Muhammad, who were all solo, started a group where they could do this professionally, and the result was Native Deen
[1]. Their music is produced under the "Mountain of Light" label, which was founded by Yusuf Islam (previously known as Cat Stevens).
Native Deen's latest album includes the track Still Strong, featuring
Isam Bachiri of Outlandish. In support of this album, they recently toured Australia, performing in Melbourne, Sydney, and Queensland.

Alright, now..my turn.
When i was reading their background, i was quite impressed. They said that " Many Muslims believe that string and wind instruments should be avoided in Islam. In order to please the widest audience, the group does not use any string or wind instruments in their music. The main instruments are drums, synthesized percussion instruments, and vocals"

MasyaAllah, even Muslim in America can practice upon this. Yet we in Malaysia, not talking about the non muslims. Yes, muslims. Some still love listening to Western musics. It's so sad! Those music wont do nothing other than blackening and hardening the heart. Some still love Ketty Perry ( dont know how to spell it exactly) Akon, Christina Arguilera, and so on.. we know best right?
Come on..don't be so backwards in life. Nabi SAW told us to leave the practice of Jahiliyyah. Yup, JAHILIYYAH. Also known as IGNORANCE. A period of ignorance b4 the advent of Islam. Where ppl used to eat dead, living in a custom of killing each other, gambling, burrying their daugthers alive, drinking wine...etc. They were living in darkness. Nabi SAW came to them, bringing the light of hidayah. Drew them out of hole of darkness and dispair. Took them into the fold of Islam.
Yeah, now we r saying that these western music is UP TO DATE and COOL?? What about the teachings of Rasulullah SAW? They aren't cool enough to us to follow?

One more point: "The group identifies themselves as Muslim, and wear traditional Islamic dress such as kufis ( kopiah ) and shalwar kameez ( trouser and long top shirt) Of course, they say there is more than one way to identify as a Muslim, both by etiquette and dress"

Muslim should dress like a Muslim. Try not to say...."Alah kita kan dekat malaysia. Tgk muka pun dah tahu Islam.." Ye ke ...??? Habis tu.. kenapa kalau kita minat ngan cite Korea...fashion pun kita ikut fashion Korea? Kenapa bila kita minat Shuffle..kita practice buat shuffle jugak? Kenapa bila kita suka cite/ kartun Jepun, kita usaha belajar cakap Jepun jugak? Kenapa?

Bagi ana...kalau kita suka sesuatu..kita mesti happy nak TUNJUK yang kita suka benda tu. Katakan ana suka English, ana akan selalu bertutur dalam bahasa itu, menulis dalam bahasa itu sebagai contoh.

Satu lagi contoh..ade dialog sikit, ( pelakon adalah rekaan semata2..dont laugh. I know this is bad. I'm not a novel writer)
(Isteri terasa dengan sikap suaminya yang menjadi semakin pendiam)

Isteri: Abang ni sayang tak kat Yana...??
Suami: Mesti lah sayang. Kenapa tanya macam tu? Kalau abang tak sayang, tak de la abang susah payah masuk meminang sayang dulu.
Isteri: Ye la.. cara abang tu..'cold' je. Balik kerja terus masuk bilik. Pagi2, masa sarapan pun senyap je.... dulu abang mane ade cam ni. Abang selalu sembang, selalu senyum...

Ok, dah. (Sorry cite tak sedap) Anyway, see, coz the husband doesn't SHOW that he loves her.. the wife became doubtful.

Similarly..if we say, we luv Islam, and proud of being Muslim...Why don't we SHOW it too? We can start now..and create a successful ending..

(p/s) For a person who does not listen to music at all..Native Deen is not for u. And for those who love western/korean/japanesse/hindi etc music...rather listen to this Native Deen, at least you'll hear the word Allah and Islam in it. Not words like love, baby, crush and all those kind which we ourselves know best!

Wallahu Musta'aan


Fadhilat Menangis Kerana Takutkan Allah

Bismillahirrahmanirrahim..


Alhamdulillah semalam masa bace taklim kat rumah ngan family...we read this chapter of Fadhilat Zikr and this time we came upon this hadith. And i thought of sharing it here..Coz its masyaAllah so beautiful. Rasulullah SAW bersabda: " 7 golongan akan diteduhi oleh bayangan rahmat Allah pada hari Qiyamat"


Mereka adalah:
  1. Pemerintah yang adil
  2. Pemuda yang menggunnakan masa muda remajanya untuk beribadat kepada Allah
  3. Lelaki yang hatinya sentiasa terpaut pada masjid
  4. Dua orang yang berkasih sayang antara satu sama lain semata-mata kerana Allah. Mereka bertemu kerana Allah, dan berpisah kerana Allah.
  5. Lelaki yang digoda oleh wanita bangsawan yang jelita, lalu dia berkata," Sesungguhnya saya takut kepada Allah!"
  6. Seorang yang memberi sedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui sedekah yang diberikan oleh tangan kanannya.
  7. Lelaki yang mengingati Allah berseorangan sehingga berlinangan air matanya.
[Hadith riwayat Imam Bukhari dan Muslim]
Maksud 'berlinangan air mata' ialah mungkin seseorang mengingati maksiat dan dosa2 yang lampau, lalu secara sengaja atau tidak, dia menangis hingga berlinangan air matanya.


Seorang wali Allah berkata: "........apabila semasa berdoa, berdiri bulu roma, hati jadi berdebar, dan air mata berlinangan...maka doa itu akan diterima".


Seorang yang mengingati Allah dengan bersunyi diri itu memiliki 2 sifat yang hebat sekali.. 
Yang pertama IKHLAS ( ruh segala amalan ), yang kedua TAQWA ( perasaan takut pada Allah atau rasa terharu kerana cinta kepada Allah) sehingga berlinangan air matanya. Kedua-dua sifat ini adalah kelebihan yang sempurna.


Seorang penyair Urdu berkata: " Tugas kami ialah menangis mengingati kekasih pada waktu malam, tidur kami adalah mengingati Mu"


Menangis kerana mengingati Allah atau takut kepada Nya merupakan satu kurniaan yang sangat besar daripada Allah sendiri. Berbahagialah orang yang mempuyai nikmat ini.


Riwayat hadith menyatakan : "Sesiapa menangis kerana takutkan Allah, maka dia tidak akan masuk ke dalam neraka sehingga susu masuk kembali ke dalam puting". Mustahil sekali untuk susu kembali kedalam puting. Inilah kelebihan orang yg menangis kerana Allah. Hatinya sayu apabila berzikir mengingati Allah.


Riwayat hadith menyatakan juga bahawa: " Sesiapa menangis kerana takut kepada Allah walupun sedikit daripada air matanya menitis ke tanah, maka dia tidak akan diazab pada hari Qiyamat".


Diriwayatkan lagi dalam sebuah hadith bahawa: "Api neraka diharamkan ke atas dua jenis mata. Pertama, mata yang menangis kerana takut kepada Allah. Kedua, mata yang berjaga malam untuk memelihara Islam dan umat Islam daripada serangan orang2 kafir".


Disebutkan dalam sebuah hadith bahawa : " Api neraka diharamkan atas mata yang mengangis kerana takut kepada Allah, mata yang tidak memandang sesuatu yang diharamkan (seperti memandang wanita yang bukan mahram dll) dan mata yang telah cedera di jalan Allah".


Orang yang bersendiriaan mengingati Allah adalah seperti orang yang berjihad menentang orang2 kafir di jalan Allah seorang diri.


p/s: 
Hadith diatas, kalau bukan perkataan yang asal, insyaAllah ianya adalah mafhum hadith tersebut.


Betul lah...kalau sekali kita dapat doa sampai air mata mengalir, terasa sungguh nikmat. Bukan nikmat macam nangis tengok cite Hindustan ke, korea jepun cina ke....lain... (contoh je). Air yang paling berharga disisi Allah ialah air mata yang mengalir kerana menyesal atas dosa-dosa dan takut kepadaNya...

Thursday, July 16, 2009

Cara Mengembalikan Barang Yang Hilang


Oleh: Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din

Kaedah yang dinyatakan di sini adalah satu ikhtiar yang boleh diamalkan bagi bermohon kepada Allah SWT agar barang yang hilang atau dicuri dijumpai semula. Kaedah ini juga boleh diamalkan untuk bermohon agar Allah SWT mengembalikan semula ahli keluarga yang hilang atau yang lari dari rumah.

Cara atau kaifiatnya adalah seperti berikut;

(1) Lakukan Solat Hajat sekurang-kurangnya 2 rakaat dengan bermohon supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang atau dicuri.

(2) Doa berikut juga boleh dibaca ketika dalam sujud yang terakhir.

اللهُمَّ يَا هَادِيَ الضَّلاَلِ، وَيَا رَادَّ الضَّالّ، رُدْ إِلَيَّ ضَالَّتِيْ، فَإِنَّهَا مِنْ عَطَائِكَ وَإِحْسَانِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Ya Allah Engkaulah Tuhan yang memberi petunjuk kepada orang yang sesat dan mengembalikan barang yang hilang kepada tuannya. Ya Allah, kembalikanlah kepada saya barang-barang saya yang hilang kerana barang-barang itu adalah pemberian Mu dan ihsanMu kepada hamba Mu. Ya Allah wahai yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani.

(3) Selesai Solat Hajat, mulakan bacaan Surah Yaasin mengikut kaedah seperti berikut;

a. Membaca Surah Yaasin, apabila sampai pada perkataan Mubin (مُبِيْن) yang pertama (iaitu diakhir ayat 12), berdoalah supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang, kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada mula.

b. Untuk pusingan kedua, apabila sampai mubin yang pertama, berdoalah kemudian teruskan bacaan sehingga sampai mubin yang kedua (iaitu diakhir ayat 17). Berdoa lagi sekali di mubin yang kedua ini kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada mula.

c. Untuk pusingan ketiga, berdoa di mubin pertama, kedua dan ketiga (iaitu diakhir ayat 24). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.

d. Untuk pusingan keempat, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga dan keempat (iaitu diakhir ayat 47). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.

e. Untuk pusingan kelima, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima (iaitu diakhir ayat 60). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.

f. Untuk pusingan keenam, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima dan keenam (iaitu diakhir ayat 69). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.

g. Untuk pusingan ketujuh (pusingan terakhir) , berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima, keenam dan ketujuh (iaitu diakhir ayat 77). Kemudian teruskan bacaan sehingga ayat terakhir Surah Yaasin.

h. Setelah selesai bermakna anda telah berdoa sebanyak 28 kali.

(3) Untuk mendapatkan kesan yang lebih mujarab, lakukan amalan ini selama tiga malam berturut-turut sebaik sahaja mengetahui barang telah hilang.

www.darussyifa.org

Saturday, July 11, 2009

Belajar di South Africa

Bismillahirrahmanirrahim....

Dalam post kali ni, ana nak perkenalkan tempat ana study dulu...Madrasah Mueinul Islam, Johannesburg, South Africa. Tempat bermulanya perjalanan menuju ke arah satu transformasi jiwa dan rohani. Di sini ana akan ceritakan serba sedikit tentang madrasah ini. Kalau ada sesiapa yang berminat untuk sambung belajar di sana, boleh lah dapatkan maklumat detail dari website rasmi madrasah, Mueinul Islam - Zakariyya Park.


Name: Madrasah Mueinul Islam/ Girls Islamic University

Adddress: Zakariyya Park, Johannesburg, South Africa
Course: Islamic Theology, Arabic Grammar, Al-Quran, Hadith (Sihah Sittah), Basic Arabic Language, Islamic Jurisprudence (Feqah) etc..

Mula-mula tu, ramai jugak kawan-kawan dan mak cik-mak cik tanya, "South Africa? Tempat yang ada banyak binatang liar tu?" Aduh.....Macam mana nak explain ni...
Tapi, patut pun diorang pelik...Ye la, time ana pergi SA dulu, jarang dengar orang sambung belajar ke South Africa. So macam mana ana boleh pergi sampai ke sana?

Begini ceritanya....

Ada seorang pak cik ni yang introducekan madrasah ni pada ayah ana. Dia pun bercadang untuk hantar anak dia belajar di sana. So dia pergi SA dan melawat tempat ni, siap ambil gambar-gambar untuk kawan-kawan nya di Malaysia.

Ingat tak? Dulu kalau disebut je sekolah pondok, terus orang fikir 'hutan', 'rumah papan', 'mandi perigi' dan perkara-perkara mujahadah yang sewaktu dengan nya. Walaupun ada yang berminat dengan bidang agama, tapi tidak memilih untuk  belajar di sekolah pondok, kerana dikatakan madrasah atau sekolah pondok ni tak ada 'standard'....

Waktu tu, ana rasa macam sekolah-sekolah agama di negara kita ni dianaktirikan oleh banyak pihak. Persepsi orang ramai terhadap bidang agama juga banyak yang negatif. Tidak ramai yang rasa penting untuk anak-anak mereka celik agama. Ayah ana pula memang nak kami adik-beradik pelajari agama dahulu sebelum menceburi apa-apa bidang akademik. Jadi bila ayah ana tengok gambar-gambar yang pak cik tu bawa balik, ayah ana tertarik dengan keadaan dan suasana Madrasah ni. Masya Allah, sungguh berbeza dengan keadaan madrasah-madrasah atau sekolah-sekolah pondok di Malaysia. Jadi, ayah ana pun ambil keputusan untuk hantar kakak ana ke South Africa untuk study agama. Dan 3 tahun selepas itu, sebelum masuk Form 2 , ana pun menyusul dan bermulalah satu perjalanan mengenal agama Islam dan Allah...

Sekarang ana tunjukkan gambar2 yg ana katakan tadi.....

Satu bilik single boleh muat 9-10 orang. Bilik double muat 6-7 orang semuanya. Yang ini contoh salah satu bilik double..Bilik single ada satu double decker untuk muatkan lebih ramai pelajar. Tapi tidak lebih dari 11 orang sebilik. Maklum lah, foreigners banyak barang...
Yang ini pula kelas (mesti la kan, dah ada banyak meja tu..) 
Rindunya suasana dalam kelas ni....Moulana mengajar dari belakang tabir. Kami semua belajar  atas lantai macam ni, seronok walaupun kadang2 sakit lutut dan kebas kaki sebab duduk lama...Semoga Allah terima mujahadah kita semua. Kelas ini untuk pelajar-pelajar tahun 3 kalau tak silap, ataupun tahun 2. Their class is bigger than the class 4 and 5's. Yang tu mujahadah lagi...


 Ruang solat 5 waktu setiap hari, juga digunakan sebagai kelas untuk pelajar tahun satu. Capacity: 250 orang /lebih. Dan disinilah juga diadakan majlis graduasi kami.
Bila sampai di madrasah, inilah yang pertama akan dapat kita nampak. 

Banyak lagi gambar madrasah ni, kalau nak tengok rajin-rajin kan visit official website nya. Ana dah letak link kat atas tadi. Setakat ini dulu, kalau ada apa2 soalan, jangan segan comment kat bawah ni. Insya Allah ana jawab. Tapi jangan tanya pasal madrasah lelaki pula, ana tak tahu...

Tiap Bertambah Ilmunya, Bertambah Pula Rendah Hatinya

TANDA-TANDA KEBAHAGIAAN
1. Tiap bertambah ilmunya bertambah pula rendah hatinya.
2. Tiap bertambah amalnya bertambah pula takutnya kepada Allah.
3. Tiap bertambah umurnya, beransur kurang lobanya terhadap keduniaan.
4. Tiap bertambah harta dan kekayaannya, bertambah pula pemurahnya.
5. Tiap bertambah pangkat dan kedudukannya, bertambah dekatnya pada orang ramai.

TANDA-TANDA KECELAKAAN
1. Tiap bertambah ilmunya, bertambah pula sombongnya.
2. Tiap bertambah amalnya, bertambah bongaknya.
3. Tiap bertambah umurnya, bertambah pula lobanya kepada harta.
4. Tiap bertambah harta dan kekayaannya, bertambah bakhilnya.
5. Tiap bertambah pangkat dan kedudukannya, bertambah jauhnya dari orang ramai.

Tiap orang akan memperolehi kesenangan selama ia tidak berhasrat menyusahkan orang lain. Timbulkanlah lebih dahulu apa yang menjadi kesukaan orang itu, sebelum anda mengemukakan kesukaan anda.

Dipetik dari : http://dinarwan.blogstarz.my/?View=7987

Monday, July 6, 2009

Khas Buat Penduduk Nilai Umum Untuk Semua

...Bismillahirrahmanirrahim...
Nak maklumkan kat semua kaum muslimin.....(sebab ni khas untuk mereka yang bergelar "ADAM" sahaja) nanti ada perhimpunan agong jemaah tabligh 2009 di Enstek / Nilai/ Kuaters KLIA. Walaupun nama dia jemaah tabligh, tapi bukan orang tabligh pun boleh pergi.. Nama dia macam tu sebab majority and para ulama yang akan sampaikan ceramah2 semuanya dr jemaah tabligh.
ATUCARA IJTIMAK MUSLIMIN MALAYSIA 2009
( 9 Julai 2009 – 12 Julai 2009 )
Asar : Jemaah mula masuk ke tapak perhimpunan
9 Julai 2009 – KHAMIS
- Selepas Solat Asar : Ceramah Umum
- Selepas Solat Maghrib : Ceramah Umum
- Selepas Ceramah : Solat Isyak
10 Julai 2009 – JUMAAT
- Selepas Solat : Subuh Ceramah Umum
- 10.00 pg – 12.00 tgh : Bacaan Kitab Hadith (Taklim)
- Solat Jumaat- Selepas Solat Asar
1. Ceramah Umum
2. Program untuk Pelajar Madrasah
- Selepas Solat Maghrib : Ceramah Umum
- Selepas Ceramah : Solat Isyak
- Selepas Solat Subuh : Ceramah Umum
11 Julai 2009 – SABTU
- 10.00 pg – 12.30 tgh : Bacaan Kitab Hadith (Taklim)
1. Program Untuk Ulama
2. Program untuk Khawas
3. Program untuk Pelajar
- Selepas Solat Asar : Ceramah Umum-
Selepas Solat Maghrib : Ceramah Umum
- Selepas Ceramah : Solat Isyak
- Selepas Solat Subuh : Ceramah Pendek
12 Julai 2009 - AHAD
- 9.30 pg – 12.30 (Sebelum Zuhur)
1. Nasihat Untuk Jemaah Yng Keluar Dan Musafahah
2. Doa Penutup Ijtimak
- Selepas Asar : Nasihat khas untuk Jemaah Khidmat semasa ijtimak.
( Info Dari KRENMAUT )