Bismillahirrahmanirrahim....
Dalam post kali ni, ana nak perkenalkan tempat ana study dulu...Madrasah Mueinul Islam, Johannesburg, South Africa. Tempat bermulanya perjalanan menuju ke arah satu transformasi jiwa dan rohani. Di sini ana akan ceritakan serba sedikit tentang madrasah ini. Kalau ada sesiapa yang berminat untuk sambung belajar di sana, boleh lah dapatkan maklumat detail dari website rasmi madrasah, Mueinul Islam - Zakariyya Park.
Name: Madrasah Mueinul Islam/ Girls Islamic University
Adddress: Zakariyya Park, Johannesburg, South Africa
Course: Islamic Theology, Arabic Grammar, Al-Quran, Hadith (Sihah Sittah), Basic Arabic Language, Islamic Jurisprudence (Feqah) etc..
Mula-mula tu, ramai jugak kawan-kawan dan mak cik-mak cik tanya, "South Africa? Tempat yang ada banyak binatang liar tu?" Aduh.....Macam mana nak explain ni...
Tapi, patut pun diorang pelik...Ye la, time ana pergi SA dulu, jarang dengar orang sambung belajar ke South Africa. So macam mana ana boleh pergi sampai ke sana?
Begini ceritanya....
Ada seorang pak cik ni yang introducekan madrasah ni pada ayah ana. Dia pun bercadang untuk hantar anak dia belajar di sana. So dia pergi SA dan melawat tempat ni, siap ambil gambar-gambar untuk kawan-kawan nya di Malaysia.
Ingat tak? Dulu kalau disebut je sekolah pondok, terus orang fikir 'hutan', 'rumah papan', 'mandi perigi' dan perkara-perkara mujahadah yang sewaktu dengan nya. Walaupun ada yang berminat dengan bidang agama, tapi tidak memilih untuk belajar di sekolah pondok, kerana dikatakan madrasah atau sekolah pondok ni tak ada 'standard'....
Waktu tu, ana rasa macam sekolah-sekolah agama di negara kita ni dianaktirikan oleh banyak pihak. Persepsi orang ramai terhadap bidang agama juga banyak yang negatif. Tidak ramai yang rasa penting untuk anak-anak mereka celik agama. Ayah ana pula memang nak kami adik-beradik pelajari agama dahulu sebelum menceburi apa-apa bidang akademik. Jadi bila ayah ana tengok gambar-gambar yang pak cik tu bawa balik, ayah ana tertarik dengan keadaan dan suasana Madrasah ni. Masya Allah, sungguh berbeza dengan keadaan madrasah-madrasah atau sekolah-sekolah pondok di Malaysia. Jadi, ayah ana pun ambil keputusan untuk hantar kakak ana ke South Africa untuk study agama. Dan 3 tahun selepas itu, sebelum masuk Form 2 , ana pun menyusul dan bermulalah satu perjalanan mengenal agama Islam dan Allah...
Sekarang ana tunjukkan gambar2 yg ana katakan tadi.....
Satu bilik single boleh muat 9-10 orang. Bilik double muat 6-7 orang semuanya. Yang ini contoh salah satu bilik double..Bilik single ada satu double decker untuk muatkan lebih ramai pelajar. Tapi tidak lebih dari 11 orang sebilik. Maklum lah, foreigners banyak barang...
Yang ini pula kelas (mesti la kan, dah ada banyak meja tu..)
Rindunya suasana dalam kelas ni....Moulana mengajar dari belakang tabir. Kami semua belajar atas lantai macam ni, seronok walaupun kadang2 sakit lutut dan kebas kaki sebab duduk lama...Semoga Allah terima mujahadah kita semua. Kelas ini untuk pelajar-pelajar tahun 3 kalau tak silap, ataupun tahun 2. Their class is bigger than the class 4 and 5's. Yang tu mujahadah lagi...
Rindunya suasana dalam kelas ni....Moulana mengajar dari belakang tabir. Kami semua belajar atas lantai macam ni, seronok walaupun kadang2 sakit lutut dan kebas kaki sebab duduk lama...Semoga Allah terima mujahadah kita semua. Kelas ini untuk pelajar-pelajar tahun 3 kalau tak silap, ataupun tahun 2. Their class is bigger than the class 4 and 5's. Yang tu mujahadah lagi...
Ruang solat 5 waktu setiap hari, juga digunakan sebagai kelas untuk pelajar tahun satu. Capacity: 250 orang /lebih. Dan disinilah juga diadakan majlis graduasi kami.
Bila sampai di madrasah, inilah yang pertama akan dapat kita nampak.
Banyak lagi gambar madrasah ni, kalau nak tengok rajin-rajin kan visit official website nya. Ana dah letak link kat atas tadi. Setakat ini dulu, kalau ada apa2 soalan, jangan segan comment kat bawah ni. Insya Allah ana jawab. Tapi jangan tanya pasal madrasah lelaki pula, ana tak tahu...
Banyak lagi gambar madrasah ni, kalau nak tengok rajin-rajin kan visit official website nya. Ana dah letak link kat atas tadi. Setakat ini dulu, kalau ada apa2 soalan, jangan segan comment kat bawah ni. Insya Allah ana jawab. Tapi jangan tanya pasal madrasah lelaki pula, ana tak tahu...
13 comments:
macam mana cara nak sambung pengajian di africa...ada tak agent2 d malaysia
salam,macam mana ya nak enroll di madrasah tu?
Wassalam,
Cara terbaik untuk enroll ialah call number Madrasah yg ada di website. Nyatakan hasrat saudara/saudari untuk belajar disana, dan pihak Madrasah akan explain langkah yg perlu diambil seterusnya. Apa-apa soalan boleh ditujukan terus kepada pihak Madrasah.
Semoga Allah mudahkan.
Assalamualaikum ustazah.
Apa syarat minima umur untuk kemasukan?
Pembelajaran dalam Urdu dan Arab kan?
Kalau tak pandai Urdu, senang tak nak pick up?
Jzkk.
Assalamualaikum.. Boleh tau siapa Dr. Iman ni?
Akk pernh study MMI kan? Pernah dengar 5 Malaysian Girl?
actually saya pn pernh study sana. sama dengan kak hazwani...
kalau kenal boleh contact saya? Jamiliatun Nur Jamsari (013-3747317)
Assalamualaikum
Berapa kos utk belajar kad Sana?
Assalamualaikum
Assalamualaikum... Nak tahu lebih lanjut mengenai belajar di suoth africa... Boleh??
Ada spounser tak utk pelajar bljar di South africa
Salam. Saya student dari MMI 2020-2024. Tak dinafikan pembelajaran di sana mmg banyak mentarbiahkan diri saya. Semalam saya dan kawan mendapat berita bahawa maulana ilyas telah didapati positive covid. Jadi doakan keadaan di MMI,para maulana dan appa appa semua dalam keadaan yg sehat. Aamiin.
salam, boleh saya tahu syarat kelayakan utk sambung ke sana?
Waalaikumussalam kena tgk madrasah punya kelayakan, tapi semua madrasah sama je kelayakan umur 13-21 belajar, betul² minat utk belajar agama dan takde suruhan secara paksa utk belajar. Sedia untuk ditarbiyah, south africa ni kalau pandai English boleh belajar kat sana. Belajar biasanya 8 tahun kalau girls awal sikit like maybe 5 years
Saya juga bekas pelajar sana tapi tak habis la..sempat sampai class 2 je ..memang seronok Dan saya tak nafikan prmbelajaran di sana memang seronok..banyak kenangan yang tercipta walaupun tak lama do sana
Post a Comment