Saturday, July 18, 2009

Fadhilat Menangis Kerana Takutkan Allah

Bismillahirrahmanirrahim..


Alhamdulillah semalam masa bace taklim kat rumah ngan family...we read this chapter of Fadhilat Zikr and this time we came upon this hadith. And i thought of sharing it here..Coz its masyaAllah so beautiful. Rasulullah SAW bersabda: " 7 golongan akan diteduhi oleh bayangan rahmat Allah pada hari Qiyamat"


Mereka adalah:
  1. Pemerintah yang adil
  2. Pemuda yang menggunnakan masa muda remajanya untuk beribadat kepada Allah
  3. Lelaki yang hatinya sentiasa terpaut pada masjid
  4. Dua orang yang berkasih sayang antara satu sama lain semata-mata kerana Allah. Mereka bertemu kerana Allah, dan berpisah kerana Allah.
  5. Lelaki yang digoda oleh wanita bangsawan yang jelita, lalu dia berkata," Sesungguhnya saya takut kepada Allah!"
  6. Seorang yang memberi sedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui sedekah yang diberikan oleh tangan kanannya.
  7. Lelaki yang mengingati Allah berseorangan sehingga berlinangan air matanya.
[Hadith riwayat Imam Bukhari dan Muslim]
Maksud 'berlinangan air mata' ialah mungkin seseorang mengingati maksiat dan dosa2 yang lampau, lalu secara sengaja atau tidak, dia menangis hingga berlinangan air matanya.


Seorang wali Allah berkata: "........apabila semasa berdoa, berdiri bulu roma, hati jadi berdebar, dan air mata berlinangan...maka doa itu akan diterima".


Seorang yang mengingati Allah dengan bersunyi diri itu memiliki 2 sifat yang hebat sekali.. 
Yang pertama IKHLAS ( ruh segala amalan ), yang kedua TAQWA ( perasaan takut pada Allah atau rasa terharu kerana cinta kepada Allah) sehingga berlinangan air matanya. Kedua-dua sifat ini adalah kelebihan yang sempurna.


Seorang penyair Urdu berkata: " Tugas kami ialah menangis mengingati kekasih pada waktu malam, tidur kami adalah mengingati Mu"


Menangis kerana mengingati Allah atau takut kepada Nya merupakan satu kurniaan yang sangat besar daripada Allah sendiri. Berbahagialah orang yang mempuyai nikmat ini.


Riwayat hadith menyatakan : "Sesiapa menangis kerana takutkan Allah, maka dia tidak akan masuk ke dalam neraka sehingga susu masuk kembali ke dalam puting". Mustahil sekali untuk susu kembali kedalam puting. Inilah kelebihan orang yg menangis kerana Allah. Hatinya sayu apabila berzikir mengingati Allah.


Riwayat hadith menyatakan juga bahawa: " Sesiapa menangis kerana takut kepada Allah walupun sedikit daripada air matanya menitis ke tanah, maka dia tidak akan diazab pada hari Qiyamat".


Diriwayatkan lagi dalam sebuah hadith bahawa: "Api neraka diharamkan ke atas dua jenis mata. Pertama, mata yang menangis kerana takut kepada Allah. Kedua, mata yang berjaga malam untuk memelihara Islam dan umat Islam daripada serangan orang2 kafir".


Disebutkan dalam sebuah hadith bahawa : " Api neraka diharamkan atas mata yang mengangis kerana takut kepada Allah, mata yang tidak memandang sesuatu yang diharamkan (seperti memandang wanita yang bukan mahram dll) dan mata yang telah cedera di jalan Allah".


Orang yang bersendiriaan mengingati Allah adalah seperti orang yang berjihad menentang orang2 kafir di jalan Allah seorang diri.


p/s: 
Hadith diatas, kalau bukan perkataan yang asal, insyaAllah ianya adalah mafhum hadith tersebut.


Betul lah...kalau sekali kita dapat doa sampai air mata mengalir, terasa sungguh nikmat. Bukan nikmat macam nangis tengok cite Hindustan ke, korea jepun cina ke....lain... (contoh je). Air yang paling berharga disisi Allah ialah air mata yang mengalir kerana menyesal atas dosa-dosa dan takut kepadaNya...

3 comments:

Sayidah Napisah said...

assalam...
subhanallah...
sy hrp sgt dpt msk dlm ahli golongan yg mngis takutkn ALLAH...
amin....

Itminaan said...

Wssalam..
Semoga kita diberi hidayah untuk itu, Amin....

mohd noorrizan said...

salam ,satu pekara yang perlu di lihat tuan2,
bila mana takut dengan banjir kita lari,
bila mana takut dgn tsunami kita lari.
bila mana takut dengan cikgu ,kita lari,
bila mana takut dengan hantu kita lari,
TETAPI tuan 2 bila kita TAKUT DGN ALLAH ,kita makin dekat dengan nya,,,
semoga apa yg baik dari Allah YG buruk dari saya sendiri,
wallahuallam.
jom jengok FACEBOOK SAYA izatshafie