Thursday, November 20, 2008

~Pembakar Semangat Untuk Diriku~

Assalamualaikum...Salam Sejahtera....Kepada anda semua moga bahagia! (ayat cilok lirik nasyid)
Ehm...hari ni..tak tahu la kenapa sebabnya... tp hati @ jantung ni punye beating rase cam terlebih sikit la menyebabkan diri ku rase lebih excited dr biase.Idea memunculkan dirinya dengan banyak dalam fikiran ni...sampai tak larat diri ni nak fikirkan and compose.
Hehehe...maybe diesebabkan perkara2 ni kot?? Tak tahu la...
a- My sis came all the way from home (suprisingly) just to drop the car key so that I can go back home 2morrow(Friday) by myself.
b- My dad came and told me that my new cellphone is already at home!! Cant wait to...check it out..
c-Some one told me something beneficial that reminded me of my duty as a seorang pendidik.

A doctor's mistake would kill A PATIENT,
But a teacher's mistake would kill A NATION!

There's more of what that person said to me......but.......bagi orang yang beringat dan nak mengambil pengajaran,tak perlu dipersembahkan satu buku.
Semoga Allah tetapkan hatiku untuk terus bersemangat dalam mendidik diriku sebelum daku sampaikan kepada orang lain. Ameen! Dan tidak lupa kepada para penyampai da'wah islamiah....Usaha di tangan kita...dan Hidayah ditangan Allah .

"Oh Allah please make our beloved Malaysia a proper Islamic country Ameen!"



Fakta-Fakta Menarik

1. Perkataan ‘Karaoke’ berasal daripada bahasa Jepun, yang bermaksud orkestra kosong (empty orchestra).

2. Butang baju lelaki biasanya di sebelah kanan, manakala butang baju perempuan pula di sebelah kiri. Cuba semak baju anda!
3. ENIAC, salah sebuah komputer terawal, memerlukan keluasan lantai 15,000 kaki persegi dan seberat 30 tan. Walau bagaimanapun, keupayaannya hanya satu pecahan berbanding komputer desktop biasa hari ini.
4. Dalam bahasa Inggeris, sebelum masihi disebut BC (before christ) manakala setelah masihi pula disebut AD (anno domini).
5. Kita tidak boleh menjilat siku sendiri.

6. Jika patung Barbie adalah manusia, ukuran badannya ialah 39-22-33, tingginya adalah lebih kurang 2.15m dan akan mempunyai leher 2 kali lebih panjang daripada manusia normal!
7. Eropah merupakan benua yang tidak mempunyai padang pasir.
8. Jika kita terperangkap di dalam sebuah bilik kedap udara, kita akan mati akibat keracunan karbon dioksia terlebih dahulu berbanding kekurangan oksigen.
9. Anda takkan boleh membuat sebarang folder di dalam komputer dengan menggunakan nama ‘con’. Jangan tanya saya mengapa, saya tidak tahu!
10. Seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku

11. Burung Cenderawasih (Bird of Paradise) boleh didapati di Papua New Guinea. Perlu diingat, Papua New Guinea bukanlah negara kayangan!
12. Terdapat 9 juta manusia di seluruh di dunia mempunyai tarikh lahir yang sama
13. Selat yang terpanjang di dunia ialah Selat Melaka dan Selat yang paling lebar di dunia ialah Selat Mozambique.
14. Terdapat lebih kurang 3.214 bilion perempuan dan 3.248 bilion lelaki di dunia ini. Ataupun 50.25% penduduk dunia adalah lelaki. (Maaf, tiada peratusan untuk jantina di tengah-tengah ya!)

15. Rowan Atkinson, pemegang watak Mr Bean mempunyai ijazah sarjana MSc dari Oxford. Artis Malaysia?
16. Kebanyakan pembaca entri ini akan mencuba dan menguji fakta no. 5 dan no. 10. Tak percaya?

Wednesday, November 19, 2008

Tips-Tips Diet Yang Mujarab -Mari Amalkan-

....DIet RASULULLAH saw....

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lainnya. Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan minum SUSU bersama DAGING

Jangan makan DAGING bersama IKAN

Jangan makan IKAN bersama SUSU

Jangan makan IKAN bersama TELUR

Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD

Jangan makan SUSU bersama CUKA

Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH :- KOKTEL

CARA MAKAN
JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI.
JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . BARANG SIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya.... cubalah...............Pengaruhnya tidak dalam jangka pendek.... Akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti.
Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. Kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosak usus kita.
Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat amalan antara lain:
Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).
Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya semenit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut.
Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan)

Wassalam... Sama-samalah kita mengamalkannya....... WallahuA'lam Sabda nabi, Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insya Allah... Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya