Apa khabar? Harap semuanya baik2 sahaja ya, insyaAllah..
Hari ini penulis berhasrat untuk berkongsi dengan semua tentang satu masalah trend pada masa kini.. Jika kita lihat, alhamdulillah, semakin ramai yang sedar akan kewajipan menutup aurat terutamanya bertudung pada masa kini. Namun, apa yang menyedihkan, ternyata ramai antara kita masih tidak mengetahui bahawa trend 'sanggul' @ 'sanggul arab' yang hangat diperagakan kini adalah salah dan tidak boleh sama sekali..
Cantik ke?? Cantik atau tidak bukan persoalannya..Mungkin ada yang terlepas pandang.
Dalam Al-Quran ada menyebut:
"Katakanlah kepada wanita beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya, dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah suami mereka, atau putera mereka, atau putera suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau putera saudara lelaki mereka, atau putera saudara perempuan mereka atau wanita Islam, atau budak yang mereka miliki, atau pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak yang belum mengerti mengenai aurat wanita, dan janganlah mereka memukulkan kakinya supaya diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang yang beriman supaya kamu beruntung."
Hadith Nabi juga ada menyebut:
"Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah; satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia dan satu golongan lagi wanita yang memakai pakaian tetapi talanjang dan meliuk-liukkan badan dan juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk. Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang jauh."
(Hadith Riwayat Muslim)
Original source : Trend Terkini - Sanggul Menyanggul