Rabi'ah Aslami r.a. telah bercerita : "Pada suatu hari aku telah bertengkar dengan Abu Bakar (radhiallahu anh). Semasa pertengkaran itu berlaku, dia mengeluarkan sepatah kata kesat kepada aku. Dengan serta-merta dia telah menyedari kesilapannya lalu berkata: "Wahai saudara, gunakanlah perkataan itu terhadapku sebagai tindakan balas." Aku enggan berbuat demikian. Dia menggesaku supaya menggunakan perkataan kesat itu dan berkata hendak merujuk kepada Nabi SAW. Aku tidak juga mahu mengalah. Dia pun bangun meninggalkan aku. Beberapa orang dari ahli puakku yang menyaksikan peristiwa tadi mencemuh: "Ganjil betul orang ini; dia yang melakukan kesalahan dan dia pula mengancam hendak mengadukan kepada Nabi SAW." Dengan segera aku menyampuk: "Kamu tahu siapakah dia? Dia adalah Abu Bakar. Menyinggungnya bererti menyinggung Nabi dan menyinggung Nabi bererti menyinggung Allah. Kalau perbuatanku menyinggung Allah, siapakah yang akan menyelamatkan aku?" Aku pun bangun lantas pergi mendapatkan Nabi SAW, kepadanya aku bercerita apa yang telah berlaku. Baginda SAW berkata:" Keenggananmu mengeluarkan kata-kata kesat itu sudah kena pada tempatnya. Tetapi untuk mengurangkan penderitaan batinnya (Abu Bakar), sekurang-kurangnya kamu berkatalah: "Semoga Allah mengampunimu, hai Abu Bakar."
*InsyaAllah, bila hati saya sendiri tenang, saya akan buat ulasan tentang cerita ini...Sekarang fikiran tengah bercelaru dan perasaan tak teratur, nanti ayat semua jadi berterabur...By the way, all credit to: TAZKIRAH-Contoh Taqwa Abu Bakar (Radhiallahu anhu)
No comments:
Post a Comment