Saturday, January 2, 2010

3 Orang Sahabat Di New York

photo credit: google images
Tidak lama dahulu, 3 orang sahabat datang ke Bandar New York. Mereka membuat keputusan untuk tinggal di suatu hotel semasa lawatan mereka disana.

Apa yang terjadi ialah mereka telah diberikan bilik di tingkat 60. Peraturan hotel itu yang semua lif akan dihentikan tepat pukul 12 tengah malam atas sebab-sebab keselamatan.

Pada keesokan harinya 3 sekawan itu menyewa sebuah kereta dan  keluar untuk menjelajahi seluruh bandar New York. Mereka pergi menonton wayang, konsert dan sebagainya sepanjang hari. Hingga suatu waktu, mereka teringat yang mereka perlu balik ke hotel sebelum pukul 12 tengah malam.

Apabila mereka tiba di hotel, waktu telah pun melebihi pukul 12. Semua lif telah dihentikan operasinya. Tiada cara lain untuk ke bilik mereka melainkan dengan menaiki tangga sehingga ke tinggkat 60!

Tiba-tiba salah seorang dari mereka mendapat idea.

“Apa kata, dari tingkat satu hingga 20, saya buat lawak dan cerita cerita jenaka. Kemudian salah seorang dari kita boleh cerita cerita pengajaran dan hikmah sampai tingkat 40, dan yang terakhir akan cerita cerita sedih hingga ke tingkat 60.”

Lalu, seorang dari mereka mula dengan cerita-cerita lawak. Dengan riang dan tawa mereka sampai ke tingkat 20. Sekarang seorang lagi mula dengan cerita-cerita yang penuh dengan pengajaran. Banyak perkara yang mereka belajar dalam perjalanan mereka ke tingkat 40. Sekarang, tiba masanya untuk cerita-cerita sedih. Kawan mereka yang terakhir pun berkata, “ Cerita sedih saya yang pertama ialah………..

“Saya tertinggal kunci bilik dalam kereta”
__________________________________________________

 APA TUJUAN CERITA INI?

Cerita ini mempunyai persamaan dengan perjalanan hidup kita. 20 tahun pertama dalam hidup kita, kita habiskan dengan ketawa, berseronok dan menikmati apa sahaja yang ada diluar sana.

Kemudian bila umur kita 20 tahun, kita mula bekerja, berkahwin, berkeluarga dan masa inilah kita banyak belajar gunakan hikmah. Dan bila umur kita 40 tahun, kita akhirnya nampak uban di kepala, barulah kita sedar yang hidup kita semakin hampir ke penghabisannya  
maka bermulalah kesedihan kita.

Lebih baik kita mulakan hidup kita dengan mengingati mati daripada kita mula membuat persediaan hanya di pengakhiran hidup kita. Kerana waktu itu, cuma sedikit yang masih bertenaga untuk mentaati Allah sepenuhnya.

Juga kita patut ingat, tiada seorang pun daripada kita yang ada jaminan hidup 60 tahun. Ramai yang telah pergi sebelum umur itu..

Semoga Allah member taufiq dan hidayah untuk kita gunakan hidup dan msa muda kita dengan sebaik-baiknya sebelum hari tua dan kematian datang tanpa kita bersedia.

3 comments:

Yuana said...

ini adalah tazkirah yg cukup bagus...

takut pulak nak menghadapi masa depan..

Itminaan90 said...

Ya, bila kawan yang ketiga cakap "Saya tertinggal kunci dalam kereta" rasa memang sedih dan kesal. Rasa macam seluruh penat lelah panjat tangga tu sia-sia...

Yuana said...

DLM bahasa simple, cuailah tu..pelupa pun ye gak..

manusia kan mudah lupa-kononnye ?