Tuesday, March 15, 2011

Majlis Perkahwinan Tidak Islamik?

Nak buat majlis perkahwinan guna khidmat wedding planner? Kalau mampu, sila....tapi kitab agama PANDUAN AKAD NIKAH DAN WALIMAH juga jadikanlah rujukan....supaya perkahwinan itu diberkati Allah.

Yang saya rasa pelik sejak dulu lagi, diawal majlis, jemput Ustaz/ahli keluarga yg macam alim sikit untuk baca doa, tapi lepas tu majlis diteruskan dengan segala macam acara yg tiada asasnya dalam Islam dan bertentangan dengan cara yg diajar oleh Nabi SAW...

 Antaranya:

1) Mixing of men with women, and things that are involved in that, such as greeting and shaking hands with one another, and men and women dancing together, because all of that is haraam and is a very serious matter.

Penyelesaian: Tidak menjadi satu masalah atau perkara yg ganjil kalau tetamu lelaki ditempatkan di ruang yg berlainan dari tetamu wanita sewaktu majlis makan/walimah. Samada dewan lain-lain, atau adakan satu pembahagian antara para tetamu lelaki dan wanita. 

2) Women wearing revealing, tight or short clothes.

Tak kira samada pengantin perempuan itu sendiri, ataupun tetamu2 nya.

Penyelesaian: Lawan kata hati dan bisikan syaitan yg selalu suruh kita buka aurat supaya nampak lebih cantik, menawan, glamour dan sebagainya...Bunga di taman semuanya berwarna warni, segar dan mekar lagi menarik perhatian, tetapi kecantikan itu tidak kekal, lama kelamaan bunga itu akan bertukar coklat, pudar dan layu sebab terdedah kepada hujan dan ribut, terik matahari dan  debu-bedu jalan.

Jadilah seperti permata berlian yg nilainya sangat tinggi, kerna itu ianya dijaga rapi dan dilindungi sebaik-baiknya. Kita wanita-wanita Islam yang tinggi nilainya. Lindungilah kecantikan dan kejelitaan kita dengan hijab yang disyariatkan oleh Allah.

3) Extravagance in expenditure. 

Orang kata : "Banyak benda yang nak kena spend contohnya barang hantaran, kos andaman, kos fotografi, kos katerer, kos dewan atau khemah. Semuanya nak kena pakai duit."

Samada kita mampu atau tidak mampu, Islam tak suruh kita bebankan diri kita dengan perbelajaan perkahwinan yg tinggi. Duit sewaan dewan sampai RM 30,000, sewaan busana pengantin sampai beratus beribu ringgit, jamuannya pula ala-ala diraja.....

"Yelah benda ni buat sekali seumur hidup, dah tentulah nak yang terbaik kan. Kalau pilih supplier yang salah, nanti nyesal tak sudah." ? 

Alasan ni dah lapuk. 

Sebab kita membazir duit buat majlis besar-besaran lagi gilang gemilanglah, hilang keberkatan dalam perkahwinan. Ye, belanja memang kena belanja, but try to keep it ALL SIMPLE! 


4) Background Music

Tujuannya apa? Supaya majlis tidak hambar? Musik2 dan lagu-lagu yang melalaikan itu akan menolak rahmat dan berkat, juga menjauhkan para Malaikat dari majlis kita. Musik-musik ini juga menjadikan majlis sunnah ini satu majlis kelalaian.

Penyelesaian: (boleh tanya di ruangan komentar)

Tujuan kahwin ialah untuk halalkan hubungan antara lelaki dan wanita (suami/isteri), nak ramaikan ummat Rasulullah SAW, nak bina keluarga yg diredhai oleh Allah, nak bimbing anak-anak supaya jadi anak yg soleh dan solehah dan kahwin itu sunnah Rasulullah SAW. Jadi caranya juga perlu cara sunnah. Supaya berkat, bahagia dan berkekalan hingga ke anak cucu InsyAllah.

Bonus Question?

What Would You Do If You Are Invited to This Kind of Wedding?


2 comments:

Yong said...

boleh ke nak lari? don't think so. kalo best friend's wedding lagi la parah. mmg kalau tak attend tu kena la pangkah or orang kata sombong lupa kawan or kera sumbang atau anti sosial.
tapi kan ke kita wajib hadir kalau takde halangan or berkemampuan untuk hadir?
rasanya kat majlis tu, pandai2 la cari tempat duduk yg ok untuk duduk. At least, kena tunjuk muka jugak yang kita hadir kat situ.

Itminaan said...

I would send her a NICE weeding gift, call her up and tell her that "May Allah bless you on this joyous occasion!" (i won't attend if possible, but i'd try not to offend my friend too.)