Tuesday, September 22, 2009

Baju Kurung Jarang (warning!! Muslimin jangan pandang lama2/ jgn lihat gambar langsung!)

"Among the dwellers of hell are such women as are clothed yet naked,
seduced and being seduced. These shall not enter the Garden, nor shall (even) its
fragrance reach them."


Pagi tadi ana pergi Mydin Mall Kuala Terengganu (kampung ana)...Masa tgh beratur nak bayar, ternampak seorang cashier perempuan betul2 depan ana. Somehow, ana tak boleh nak larikan pandangan ana dari dia. Kenapa agaknya ya.........???

Oh ya, yang paling menarik perhatian ana adalah baju raya dia! Baju kurung warna maroon, yang nipis dan jarang sehinggakan ..... paham kan? ( nampak aurat macam dlm gambar). Cuma dia pakai tudung warna sedondon.

Seriously, i was practically STARING at her (from behind of course, she didn't notice it at all) for like...the whole time i was queueing! Tiada fikiran buruk tentang Muslimah tu, melaikan ana rasa kesian dan risau. Rasa tanggungjawab pun bercampur sekali waktu tu.

Otak ana ligat berfikir macam2. Nak tegur, tak nak tegur? Kenapa dia pakai macam tu? Macam mana agaknya persekitaran dia di rumah? Sebab kalau dia pakai tudung, InsyaAllah dia paham yang rambut wanita ialah aurat, sebab tu dia tutup.
Tapi........ lengan, belakang dll tu tak aurat ke? Hish...ana muyskil2...sebab tu ana tengok je dia, sambil tengok, sambil fikir...

Ana tak tahu nak kata apa.....Ana doa supaya mana2 Muslimah yang masih berpakaiaan begitu, semoga Allah gerakkan hati untuk dalami ilmu agama tentang aurat. Aurat Muslimah ialah perkara yang sangat asas, tetapi di tangga keutamaan, ia menduduki tangga yang sama seperti solat. Macam mana penting nya solat, macam tu la pentingnya AURAT untuk Muslimah..

Semoga Allah titipkan cahaya hidayah ke dalam hati cashier Muslimah yg ana nampak tu Ameen!


2 comments:

ShAh said...

minggu terakhir puasa masa tgh window shopping kat mall, tetiba dgr sorg pakcik ni marah2, igtkan psl ape, rupe2nya psl baju jarang trend skrg ni...."dah le mahal kain plak jarang & nipis", betul jugak ckp pakcik tu....baju skrg ni xtau ler nak dikategorikan ape...takkan sebab cuaca@iklim malaysia ni panas, kena pakai baju nipis2 & jarang kot...

Itminaan90 said...

Betul, baju mcm tu kebanyakannya mahal2..
Sebenarnya banyak lagi alternatif lain dalam membeli baju raya. Tak kan sebab nak nampak cantik, elegan dan up-to date, kita pilih untuk ketepikan agama Islam..??
Ehm..kalau nak pakai baju macam tu boleh, pakai lah full-inner. Cantik dapat, tutp aurat pun dapat..2 in 1