Diriwayatkan daripada Hazrat Uthman dan Hadrat Huzaifah RA "Sekiranya hati dapat disucikan, maka seseorang itu tidak akan berasa puas membaca Al -Quran."
Hadrat Thabit Bunani rah. berkata. "Selama dua puluh tahun saya telah berusaha dengan giat mempelajari Al-Quran, dan selama itulah saya dapat merasai kedamaian hati."
Oleh itu, apabila sesorang itu merenung dengan mendalam akan makna-makna Al-Quran setelah dia bertaubat daripada dosa-dosanya, maka ia akan mendapati keindahan-keindahan yang terdapat dalam Al-Quran adalah himpunan keindahan-keindahan yang terdapat pada semua perkara yang lain yang dicintai.
Alangkah bertuahnya saya sekiranya saya juga menjadi orang sedemikian...
Selepas penerangan diatas, diharap Allah akan mewujudkan semangat untuk menghafal Al-Quran ke dalam hati-hati pembaca.
Sekiranya kanak-kanak disuruh menghafal Al-Quran maka mereka tidak perlu sebarang amalann kerana menghafal semasa umur masih muda adalah mudah dan berkesan.
Sebaliknya, jika seseorang yang sudah dewasa ingin menghafal Al-Quran maka untuknya ada satu amalan yang berkesan daripada Nabi SAW oleh Hakim, Tirmizi dan lain-lain.
"Apabila tiba malam Jumaat,sekiranya kamu mampu, bangunlah pada satu pertiga bahagian akhir malam. Masa itu adalah masa yang paling baik kerana masa itu adalah masa para malaikat turun ke bumi dan masa yang khusus untuk penerimaan doa........
............. Sekiranya itu pun tidak dapat kerjakan, maka dirikanlah solat sunat 4 rakaat pada permulaan malam.
Caranya ialah, pada rakaat pertama, setelah surah fatihah, bacalah surah Yaasin. Pada rakaat kedua, Ad-Dukhan, pada rakaat ketiga surah Alif Lam Mim As-Sajadah, dan pada rakaat keempat bacalah surah Al-Mulk. ( semuanya selepas surah fatihah).
Selepas kamu memberi salam, pertama kamu hendaklah memuji Allah sebanyak-banyaknya, kemudian berselawatlah keatas Nabi SAW sebanyak-banyaknya.
Kemudian berselawatlah keatas semua Nabi. Selepas itu, beristighfarlah untuk seluruh orang mukmin dan untuk semua saudara Islam yang telah meninggal dunia sebelum anda.
Kemudian bacalah doa ini......
(sila rujuk kitab Fadhaail A'maal karangan Syaikhul Hadith Hadrat Moulana Muhammad Zakariyya Rahmatullahi Alaihi, ms 116 fadhilat Al-Quran)
No comments:
Post a Comment